CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 31, 2009

MAAN NAJAH

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT SEMUA AHLI KELUARGA YANG MENGHADAPINYA,KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA DOAKAN KAMIIPT=(OMAR,HALIMAH,HAZWANI,SYAKIRAH & FARHANA) &SPM= (FIRDAUS & SYAZA)SEMOGA DIPERMUDAHKAN MENJAWAB DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG & SEMOGA ILMU YANG KAMI PELAJARI DIBERKATI(*_*)

"RABBI YASSIRNA WALA TUA'SIRNA"

Friday, October 23, 2009

QAILULLAH


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang
(day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai
'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku
'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

dipetik daripada web Iluvislam

Monday, October 19, 2009

ANNIVERSARY


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT PASANGAN HJH AISYAH MD SAID & HJ WAN ZULKIFLI WAN OMAR,YANG JATUH PADA 20HB OKTOBER.SEMOGA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA.

Saturday, October 17, 2009

PROGRAM 1

MAJLIS KHAS BUAT BAKAL JEMAAH HAJI KELUARGA HAJI MD SAID

YANG DIRAIKAN
keluarga Hj Fauzi Salleh&Hjh Norashikin Md Said

keluarga Khairul Anwar Mastor&Salmiah Md Said

Alhamdulillah,17/10/09 sepatutnya adalah sambutan Deepavali buat mereka yang beragama Hindu,tapi bagi keluarga kami(keluarga Md Said Omar),kami meraikan 2 keluarga yang bakal mengerjakan haji di peringkat keluarga kami sahaja,iaitu perintis program setelah organisasi keluarga kami ditubuhkan(*_*).Selepas ini banyak lagi program keluarga kami yang bakal menyusul,insyaAllah.Alhamdulillah semuannya berjalan lancar dan kebanyakkan ahli keluarga kami dapat pulang ke kampung kami di Serkam,Melaka,cuma keluarga kami daripada Kelantan sahaja tidak dapat turut serta,iaitu keluarga Mak Wan(Nor Aisyah Md Said&Wan Zulkifli Wan Omar) dan beberapa sepupu saya yang sibuk dengan urusan di kampus,Along Hazwani ,dan ada yang bakal menduduki peperiksaan SPM,Along Firdaus(rugi korang tak ada...hehe).

Kebanyakkan keluarga sampai di Serkam,pada hari Sabtu,ada juga yang sampai pada hari Jumaat,tapi hanya 2 buah keluarga,selebihnya pada hari Sabtu(diri ni sendiri sampai sabtu...)anak-anak hj md said omar(makcik-makcik dan pak cik-pakcikku)cucu-cucu hj md said omar(sepupu-sepupuku)dan juga pembantu-pembantu rumah mak cik dan pak cikku juga turut serta memeriahkan program keluarga ini.
dimulai solat maghrib berjemaah & solat hajat diakhiri solat isya

sedikit inzar oleh atukku(hj md said omar,dlm bilik tak nampak...hehe)

setelah selesai bacaan yassin dan tahlil

tuan pengerusi majlis,merangkap timb.pengerusi keluarga kami...adikku omar

sedikit cenderahati buat wakil keluarga yang bakal ke tanah suci

makan besar di ikan bakar cikgu jeon,serkam

antara menu ditempah

bergambar beramai-ramai setelah menjamu selera(*_*)


SEMOGA BAKAL JEMAAH HAJI SELAMAT PERGI DAN PULANG DAN MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR KHASNYA BUAT MAK CIK-MAK CIK & PAK CIK-PAK CIKKU..AMEEN.