CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 21, 2011

DIA MAHA BESAR.

Ada kisah seorang seorang hamba Allah yg meninggalkan pekerjaannya apabila azan berkumandang, walaupun ketika itu hanya tinggal sebuah bata yg hendak disusun. Lalu ditanya kepada beliau mengapa tidak memghabiskannya, beliau menjawab, 

"Sekiranya aku menghabiskan susunan bata ini juga, sesungguhnya aku telah MEMBESARKAN bata ini lebih dari Allah swt."



p/s : Allah...Allah...Allah...!hebatnya hamba Allah tersebut.Muhasabah diri kita...Siapakah yang lebih kita BESARKAN dalm hidup kita?Adakah hanya dengan slogan?di bibir? tapi dalam aplikasinya dalam kehidupan,kita kecilkan DIA?Bila azan berkumandang,adakah kita segera mengerjakan Solat,atau masih di depan latop?menonton televisyen atau melebihkan yang lain daripada solat?Nastagfirullah!kisah pendek,tapi muhasabah yang betul-betul menjentik!

Sunday, June 5, 2011

1 FAMILY,1 HAFIZ/HAFIZAH

Assalammualaikum.Beberapa hari ni,baru perasan keluarga kita sedang menuju ke arah melahirkan dan mewujudkan 1 keluarga mesti ada seorang daripada ahli keluarga ada sekurang-kurangnya seorang hafiz atau hafizah.Kita ada 8 keluarga,bermakna mesti ada 8 hafiz atau hafizah.Alhamdulillah setakat ni ada bebeapa keluarga yang dah ada,sedang menuju ke arah itu dan tidak kurang juga yang bercita-cita untuk ke arah itu.Di kalangan pak cik(anak Hj.Said pun dah ada,Hj.Hassan Md.Said@pak bai )Jom kita senaraikan keluarga (cucu-cucu Hj.said)yang telah jadi hafiz atau hafizah,yang sedang menuju ke arah itu,dan bakal ke arah itu,insyaAllah! :


Hafiz/ah :
1)Keluarga Hjh.Noraini Md.Said : Halimah Jaapar


Sedang menuju,hafiz/ah:


1)Keluarga Dr.Norashikin Md.Said : Liyana Fauzi
2)Keluarga Dr. Salmiah Md.Said : Safuan Khairul Anuar


Keluarga bercita-cita untuk jadikan hafiz/ah :


1)Keluarga Hjh.Aishah Md.Said : Wan Mujahid Wan Zulkifli & Mohd Ridhuan Hussin
2)Keluarga Hj.Zulkifli Md.Said : Siti Hasni Munirah atau Anis
3)Keluarga Hj.Md Nor Md.Said : Najwa barangkali?
4)Keluarga Hj.Hassan Md Said : Mohd Fikri barangkali?
5)Keluarga Hjh.Sa'adah Md.Said : erkkk dah berkeluarga ke?hehe insyaAllah,tak pun mak dah sambunglah menghafal quran sebelum bersuami dan ber anak:)





Sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya."
(Hadis riwayat At Tabrani).

Untuk tips mengenai menghafal,mengulang dan apa sahaja mengenai Al-Quran,Klik :Tips

UMRAH

28/5/2011 : bertolaknya atuk,nenda,mak cik bongsu dan pak cik bongsu ke umrah.InsyaAllah bakal pulang  11/6/2011 ni.Alhamdulillah semua dapat berkumpul untuk menghantar mereka di KLIA.Kesihatan atuk agak membimbangkan beberapa hari ni,Moga atuk tetap kuat untuk melaksanakan ibadah umrah,Atuk mampu!sebab tu Allah beri ujian ni pada atuk.Moga nek,mak cik dan pak cik  sihat-sihat dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan baiknya.insyaAllah!

Thursday, February 17, 2011

famili day (:

Assalamualaikum semua. Pertamanya ingin sekali meminta ribuan kemaafan atas kelewatan blog ini di update. Bukan apa. Semua pengupdate blog ini sedikit sibuk dengan hal-hal di institusi masing2. Maklumlah. Masih student (: maka diharapkan penantian semua pembaca berahirlah dengan terpublishnye post ini ya

Blogpost kali ini berkisarkan hari keluarga yang berjaya kita semua hadiri pada 4-5 febuari 2011 tempoh hari di hotel Le Paris, Negeri Sembilan. Jutaan terima kasih kepada timbalan pengerusi AJK keluarga ini, saudara Omar Bin Jaafar yang telah bersusah payah memeras keringat bagi menjayakan hari keluarga yang julung-julung kali kita semua adakan. Sebagai sebuah keluarga, memang jarang sekali dapat kita semua berkumpul beramai-ramai seperti ini. Ada kalanya hari raya pun sukar untuk kita bersua. Tetapi, Alhamdulillah dengan adanya hari keluarga ini, kita semua diberi kesempatan untuk berkumpul bersama. 


Semuanya selamat tiba di hotel Le Paris pada tengah hari Jumaat tersebut. Setelah segala urusan dengan pihak hotel selesai, barulah aktiviti hari keluarga kita yang pertama dijalankan. Aktiviti pertama mungkin bermula sedikit lewat, tetapi dengan segala semangat kesukanan yang ahli keluarga kita miliki, habis semua aktiviti berjaya dilangsungkan dalam waktu yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut dibahagikan kepada kategori kanak-kanak dan kategori dewasa. Seronok juga sekali skala melihat kerenah ibu dan bapa saudara menjalankan aktiviti pada petang itu. Secara jujur, saya begitu teruja dengan semangat kesukanan yang dimiliki dalam keluarga ini. Jarang sekali kita dapat melihat gelagat-gelagat seperti yang ditunjukkan pada petang itu.Berikut antara gambar-gambar aktiviti pada petang tersebut: 






Berikut pula merupakan gambar2 upacara dinner yang dijalankan pada malam 4 febuari 2011: 



















pada keesokan harinya, ahli tertinggi jawatan kuasa program telah pun mengatur beberape aktiviti tambahan untuk semua. antara aktiviti yang dimaksudkan termasuk, berjalan ikat kaki, melambung belon, mengisi air dalam botol, dan lain2:






rasanya tidak perlu untuk dihurai panjang lebar bukan tentang aktiviti ini kerana semuanya hadir pada masa itu. orang kate, gambar itu membawa 1001 penjelasan bukan? maka, harapnya dengan gambar-gambar ini boleh kita kenangkan kembali memori pada ketika itu. inysaAllah, gambar gambar lain akan dicuci dan disimpan di rumah kampung. tapi bukan masa terdekat ni ya (: along kat perak lagi. kena tunggu along balik dulu. sekian. assalamualaikum.