CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 17, 2011

famili day (:

Assalamualaikum semua. Pertamanya ingin sekali meminta ribuan kemaafan atas kelewatan blog ini di update. Bukan apa. Semua pengupdate blog ini sedikit sibuk dengan hal-hal di institusi masing2. Maklumlah. Masih student (: maka diharapkan penantian semua pembaca berahirlah dengan terpublishnye post ini ya

Blogpost kali ini berkisarkan hari keluarga yang berjaya kita semua hadiri pada 4-5 febuari 2011 tempoh hari di hotel Le Paris, Negeri Sembilan. Jutaan terima kasih kepada timbalan pengerusi AJK keluarga ini, saudara Omar Bin Jaafar yang telah bersusah payah memeras keringat bagi menjayakan hari keluarga yang julung-julung kali kita semua adakan. Sebagai sebuah keluarga, memang jarang sekali dapat kita semua berkumpul beramai-ramai seperti ini. Ada kalanya hari raya pun sukar untuk kita bersua. Tetapi, Alhamdulillah dengan adanya hari keluarga ini, kita semua diberi kesempatan untuk berkumpul bersama. 


Semuanya selamat tiba di hotel Le Paris pada tengah hari Jumaat tersebut. Setelah segala urusan dengan pihak hotel selesai, barulah aktiviti hari keluarga kita yang pertama dijalankan. Aktiviti pertama mungkin bermula sedikit lewat, tetapi dengan segala semangat kesukanan yang ahli keluarga kita miliki, habis semua aktiviti berjaya dilangsungkan dalam waktu yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut dibahagikan kepada kategori kanak-kanak dan kategori dewasa. Seronok juga sekali skala melihat kerenah ibu dan bapa saudara menjalankan aktiviti pada petang itu. Secara jujur, saya begitu teruja dengan semangat kesukanan yang dimiliki dalam keluarga ini. Jarang sekali kita dapat melihat gelagat-gelagat seperti yang ditunjukkan pada petang itu.Berikut antara gambar-gambar aktiviti pada petang tersebut: 






Berikut pula merupakan gambar2 upacara dinner yang dijalankan pada malam 4 febuari 2011: 



















pada keesokan harinya, ahli tertinggi jawatan kuasa program telah pun mengatur beberape aktiviti tambahan untuk semua. antara aktiviti yang dimaksudkan termasuk, berjalan ikat kaki, melambung belon, mengisi air dalam botol, dan lain2:






rasanya tidak perlu untuk dihurai panjang lebar bukan tentang aktiviti ini kerana semuanya hadir pada masa itu. orang kate, gambar itu membawa 1001 penjelasan bukan? maka, harapnya dengan gambar-gambar ini boleh kita kenangkan kembali memori pada ketika itu. inysaAllah, gambar gambar lain akan dicuci dan disimpan di rumah kampung. tapi bukan masa terdekat ni ya (: along kat perak lagi. kena tunggu along balik dulu. sekian. assalamualaikum.